Friday, 15 April 2011

Biar Orang Cina Pimpin Islam

biarcina

Biar Orang Cina Pimpin Islam

oleh Ann Wan Seng


ISBN 978-967-361-015-0

Tarikh Terbit: April 2011

Jumlah Muka Surat: 130

Harga: RM15.00 / RM18.00


___Sinopsis_________________________________________________


Bagi kebanyakan orang Melayu, Islam dianggap sebagai milikdan hak ekslusif mereka. Walaupun kita acapkali mendengar ramaiyang mengatakan bahawa Islam adalah agama yang bersifat sejagattetapi pada hakikatnya ia tidak begitu. Di kalangan orang Melayu,mereka masih tidak dapat menerima kehadiran golongan CinaMuslim, India Muslim dan Orang Asli yang beragama Islam.

Bagiorang Melayu, masuk Islam adalah sama dengan masuk Melayu.Sesiapa yang memeluk Islam perlu menukar identitinya kepadaMelayu, mengamalkan cara hidup Melayu, berpakaian sepertiMelayu, bercakap Melayu dan berkahwin dengan orang Melayu.

Sukar untuk mereka menerima seorang muslim yang masihmengekalkan identiti dan mengamalkan budaya serta tradisi yangdiwarisi sejak kecil lagi. Padahal, perkara-perkara yang disebutkanx Biar Orang CinaPimpin Islamitu boleh diterima oleh Islam asalkan ia tidak bercanggah denganakidah dan bertentangan dengan ajaran Islam. Begitu juga daripadasegi pemakanan, selagi mana ia halal dan toyyiban, maka tidakmenjadi masalah untuk kita memakan apa sahaja jenis masakansama ada masakan Cina, India, Arab, Afrika dan sebagainya.