Friday 15 April 2011

Biar Orang Cina Pimpin Islam

biarcina

Biar Orang Cina Pimpin Islam

oleh Ann Wan Seng


ISBN 978-967-361-015-0

Tarikh Terbit: April 2011

Jumlah Muka Surat: 130

Harga: RM15.00 / RM18.00


___Sinopsis_________________________________________________


Bagi kebanyakan orang Melayu, Islam dianggap sebagai milikdan hak ekslusif mereka. Walaupun kita acapkali mendengar ramaiyang mengatakan bahawa Islam adalah agama yang bersifat sejagattetapi pada hakikatnya ia tidak begitu. Di kalangan orang Melayu,mereka masih tidak dapat menerima kehadiran golongan CinaMuslim, India Muslim dan Orang Asli yang beragama Islam.

Bagiorang Melayu, masuk Islam adalah sama dengan masuk Melayu.Sesiapa yang memeluk Islam perlu menukar identitinya kepadaMelayu, mengamalkan cara hidup Melayu, berpakaian sepertiMelayu, bercakap Melayu dan berkahwin dengan orang Melayu.

Sukar untuk mereka menerima seorang muslim yang masihmengekalkan identiti dan mengamalkan budaya serta tradisi yangdiwarisi sejak kecil lagi. Padahal, perkara-perkara yang disebutkanx Biar Orang CinaPimpin Islamitu boleh diterima oleh Islam asalkan ia tidak bercanggah denganakidah dan bertentangan dengan ajaran Islam. Begitu juga daripadasegi pemakanan, selagi mana ia halal dan toyyiban, maka tidakmenjadi masalah untuk kita memakan apa sahaja jenis masakansama ada masakan Cina, India, Arab, Afrika dan sebagainya.

Friday 22 May 2009

Minyak Attar Kasturi

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka attar kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:-

• Memberi kekuatan pada roh
• Menenangkan Jiwa
• Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
• Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
• Menghilangkan debaran jantung
• Menghilangkan Sesak Nafas
• Melegakan Lelah (Asma)
• Menyedarkan orang yang pengsan/kerasukan
• Memperkuatkan organ luaran tubuh
• Memperkuatkan organ dalaman tubuh
• Menghilangkan rasa gementar
• Menghilangkan sejuk tubuh
• Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
• Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
• Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
• Menjernihkan mata putih pada mata
• Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
• Mencegah wabak penyakit
• Jin tidak suka bauan kasturi
• Mendapat keredhaan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.

Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi).

Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:
“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)

Minyak Attar Kasturi (RM10.00 sebotol)

Kismis Doa



Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa”.

Kismis Doa Akrine telah dibacakan ayat-ayat syifa, doa pelembut dan penerang hati.

Kismis Doa (RM10.00/ botol)

AIR ZAM-ZAM AKRINE



Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :

"Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

Ahli-ahli ilmu telah meluaskan huraian mereka mengenai dengan hadis di atas. Al-Munawa Rahimahullah Ta'ala telah berkata: "Air Zam zam ialah penghulu segala air, paling mulia, paling berharga dan paling disukai. Allah Ta'ala telah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim Alaihissalam dengan air Zamzam. Maka begitulah pertolongan yang seperti itu juga boleh diperolehi oleh orang-orang yang selepas baginda, iaitu bagi sesiapa sahaja yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk juga kita. Ramai para ulama telah meminumnya kerana sesuatu hajat, dan mereka itu berhasil memperolehinya."

Disebut oleh pengarang kitab 'al-'Aqdus Sameen, 'bahawa Ahmad bin Abdillah Asy-Syarifee, seorang khadam di Tanah Haram Mekah telah meminum air Zamzam dengan niat dan tujuan untuk berubat daripada buta. Lalu (dengan izin Allah) beliau itu sembuh. Menurut pengarang kitab ini lagi, bahawa kejadian ini dikhabarkan sendiri olch gurunya, al-Fufti Abdul Rahman bin Abil Khair alFasi.
Berkata al-lmam an-Nawawi Rahimahullah sebagai mengulas hadis di atas: "Maknanya, barangsiapa yang mnum kerana sesuatu hajat, nescaya memperolehi hajatnya itu, Hal ini, telah dicuba oleh para ulama dan orang-orang saleh bagi segala hajat mereka, sama ada hajat akhirat mahupun hajat dunia, dan Alhamdulillah, semuanya telah memperolehinya." (Lihat Tahzibul Asma Wal~Lughat 3/139).

Al- 'Allamah lbnul Qayyim al-Jauziah Rahimahullah pula berkata: "Saya dan juga orang-orang lain sudahpun mencuba berubat dengan air Zamzam. Saya telah berubat dengannya dalam banyak penyakit, dan sembuh dengan izin Allah. Demikian juga saya sudah menyaksikan orang yang menggantikan makanan biasa dengan air Zamzam hampir setengah bulan atau lebih , tetapi tidak merasa lapar. Bahkan dia juga tawaf bersama orang ramai, mampu menggauli isterinya dan berpuasa."

Menambah lagi al-'Allamah: "Telah berlaku kepada diri saya sewaktu di Mekah, saya jatuh sakit, dan pada masa itu benar-benar ketiadaan ubat dan doktor. Maka saya pun berubat sendiri dengan al-Fatihah. Saya ambil air Zamzam, dan saya bacakan di atasnya berulang kali, kemudian saya minum, lalu saya mendapati kesembuhan yang sempurna. Semenjak itu saya melakukannya atas banyak penyakit dan semuanya memberi sebesar-besar manfaat." (Lihat Zadul Ma'ad 4/718)

Berkata pula AI-Hakim: "Bahawa Abu Bakar Muhammad bin Jaafar telah bercerita tentang diri lbnu Khuzaimah(lbnu Khuzaimah ialah seorang ilmuan besar), katanya: "Saya telah mendengar orang bertanya kepada lbnu Khuzaimah: "Dari manakah tuan memperolehi ilmu? " Menjawab lbnu Khuzaimah: "(Bukankah) Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallain pernah bersabda: " Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan? "" (Lihat Sairul A'Iam anNubala14/370).

AI-Jalal as-Suyuti juga turut menceritakan tentang dirinya, katanya: "Dengan memuji Allah Ta'ala, saya sudah musafir ke negeri-negeri Syam, Hijaz, Yaman, India dan Maghribi. Apabila saya menunaikan haji, saya telah minum air Zamzam bagi beberapa perkara yang berikut, antaranya:
• Agar saya sampai (mahir) dalam ilmu fiqeh sehingga mencapai mertabat Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini.
• Dalam ilmu hadis sehingga saya mencapai mertabat al-Hafiz lbnu Hajar.
Adapun semua ini saya sebutkan demi mengingati nikmat Allah Ta'ala ke atas diri saya, bukannya untuk bermegah-megah. Kerana apalah yang ada untuk dimegahkan didunia ini, sedang saat kembali semakin dekat dan ubanpun mulai subur." (Lihat Husnul Muhadharah 1/215 dan 2/296).

Jika diperhatikan dengan sehalus-halusnya keterangan di atas, maka nyatalah yang amat mustahak itu ialah niat dan keimanan yang seikhlas-ikhlasnya untuk mengiringi perbuatan minum itu. Tidak memadai setakat minum semata-mata tanpa niat dan tanpa yakin terhadap iradat dan kudrat Allah yang menunaikan hajat kita. Kerana itu minum yang kosong daripada niat dan keyakinan mungkin sahaja tidak mendatangkan hasil, sesuai dengan maksud dan tujuan hadis yang disebutkan di atas.

ADAB MEMINUMNYA

Terdapat beberapa adab atau peraturan bagaimana meminum air Zamzam itu, antaranya:

Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya: Seorang laki-laki telah datang menemui lbnu Abbas. Lalu bertanya lbnu Abbas: “Tuan datang dari mana?” Lelaki itu menjawab: “Saya baru lepas minum air Zamzam”.Tanya lbnu Abbas lagi: “Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya’?” Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada lbnu Abbas: “Bagaimanakah carariya wahai lbnu Abbas?” Maka lbnu Abbas pun menjelaskan: “Apabila minum air Zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana ,kemudian baru teguk lagi,dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada bersabda: “Perbezaan diantara kita dan orang ramai (kaum munafik) ialah bahawa mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam.” (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).

Daripada ‘Ikramah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu Abbas Radhiallahu Anhuma apabila minum air Zamzam beliau berdoa (ertinya) : “Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit.” (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).

Menurut riwayat, lbnu Abbas adalah terkenal seorang sababat yang sangat mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.

Syeikh Jamaludin Muhammad Jarullah bin Muhammad Nuruddin dalam kitabnya ‘al-Jamiul Latif fi Fadhli Makkah’ dalam bab Adab minum air Zamzam berkata:
“Berkata seorang ulama Rahimahullah, sesiapa yang hendak meminum air Zamzam, eloklah dia mengambil bekas yang berisi air Zamzam dengan mengadap kiblat, kemudian berkata: Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada nabiMu Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, bahawa baginda bersabda:

Maka Ya Allah, aku meminum air Zamzam ini untuk….......... (sebutkan apa yang dikehendaki). Selepas itu diminum seteguk,kemudian bernafas diluar bijana itu, Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya dibaca Basmalah dan setiap kali selesai dibaca Hamdalah.

AIR ZAM-ZAM AKRINE (RM20.00/1000ml)

AIR PENAWAR NUR EHSAN




Air ini telah dirukyah dengan bacaan-bacaan ayat rawatan yang mempunyai sandaran/athar yang bertepatan dengan sunnah.

InsyaALLAH berguna untuk merawat :

• Penyakit yang berpunca dari gangguan makluk halus seperti sihir, kerasukan, hesteria, jin asyik, saka dll.

• Penyakit fizikal yang berpunca dari gangguan makhluk halus seperti darah tinggi, pening kepala, jantung berdebar, sukar untuk tidur, mengantuk, malas, rasa terancam, rasa dibenci atau tidak disukai, sakit-sakit anggota dll.

• Pelembut hati

• Memudahkan belajar

• Diguna untuk menawar barang-barang sihir dan saka

• Diguna untuk memagar rumah, pejabat dan mana-mana kawasan


PENAWAR NUR EHSAN (RM8.00/1000ml)

Aromateraphy Akrine


Apakah itu Aromaterapi?


Aromatherapi adalah cara rawatan yang berasaskan alam semulajadi. Satu daripada prinsip asasnya adalah dengan menguatkan proses rawatan diri dengan cara merangsangkan sistem immunisasi secara tidak langsung. Kegunaan minyak essensial secara intensif amatlah meluas, daripada rawatan haruman lembut yang unik dan halus sehinggalah rawatan terapi tembusan yang mendalam.

Aromaterapi adalah kaedah rawatan yang holistik, bermakna ianya mengambil kira kesan positif yang akan terhasil dari segi jasmani, minda dan kerohanian.

Pengamalan Aromaterapi


Aromaterapi bukanlah sekadar "haruman yang baik" tetapi sebenarnya adalah suatu sistem rawatan menyeluruh. Jika ianya diamalkan dengan sempurna, ianya akan membantu menenangkan seseorang dan memupuk perasaan“homeostasis” atau harmoni dalam tubuh badan. Di samping itu pengamal Aromaterapi juga dapat memperolehi keseimbangan dan pada masa yang sama tenaga badan boleh dipromosi dan dikekalkan.

Kenapa Aromaterapi?


Aromaterapi adalah cara untuk meningkatkan kualiti kehidupan dari segi fizikal, perasaan dan semangat.

Tujuannya termasuklah dari segi fizikal seperti melegakan otot-otot melalui urutan dan emosi; dengan menyenangkan hati dan perasaan. Dari segi semangat pula minyak essensial bermanfaat untuk mempromosi perasaan keriangan dan memudahkan meditasi.

Idea di sebalik aromaterapi adalah, pertama, untuk mengenalpasti haruman yang unik untuk setiap individu, yang berkeupayaan menjalin perasaan deriaan dan emosi yang positif, seterusnya haruman ini patutlah diintegrasi ke dalam hidupan harian individu tersebut untuk memupuk kesihatan holistik.

Haruman semulajadi ini dapat menguatkan hubungan kita kepada bumi kita dan mengamit emosi dan memori yang baik.

Kesan Terapeutik Aromaterapi


Kesan terapeutik yang berasal dari aromaterapi adalah untuk meningkat dan menguatkan proses penyembuhan dalaman. Ini berlaku dengan cara merangsangkan sistem imunisasi seseorang itu secara tidak langsung.

Minyak aromaterahy Akrine mempunyai ciri-ciri terapeutik seperti ciri-ciri antiviral, antikuman, kelegaan kesakitan, anti-depresif dan penyembuhan selsema. Minyak essensial ini juga boleh merangsang, menenang dan membantu sistem penghadaman dan perkumuhan.

Kebaikan Aromaterapi



Aromaterapi berkeupayaan meningkatkan semangat. Ianya mampu melegakan perasaan rendah diri, putus asa, kesedihan, histeria, kebimbangan, masalah tidur dan juga masalah memori.

Kebaikan dari segi perubatan termasuk mengurangkan keletihan, masalah pernafasan, termasuk selsema, sakit kerongkong, lelah dan bronkitis. Lebih penting adalah aromaterapi boleh membersihkan dan memperbaiki kualiti udara.

Aromateraphy Akrine ada kelainannya. Ia telah dirukyah dengan bacaan-bacaan ayat rawatan bersandarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Sesuai untuk digunakan untuk mandian dan sapuan bagi melerai gangguan makhluk halus.



AROMATERAPHY AKRINE (RM50.00 /10ml)