Friday 22 May 2009

Aromateraphy Akrine


Apakah itu Aromaterapi?


Aromatherapi adalah cara rawatan yang berasaskan alam semulajadi. Satu daripada prinsip asasnya adalah dengan menguatkan proses rawatan diri dengan cara merangsangkan sistem immunisasi secara tidak langsung. Kegunaan minyak essensial secara intensif amatlah meluas, daripada rawatan haruman lembut yang unik dan halus sehinggalah rawatan terapi tembusan yang mendalam.

Aromaterapi adalah kaedah rawatan yang holistik, bermakna ianya mengambil kira kesan positif yang akan terhasil dari segi jasmani, minda dan kerohanian.

Pengamalan Aromaterapi


Aromaterapi bukanlah sekadar "haruman yang baik" tetapi sebenarnya adalah suatu sistem rawatan menyeluruh. Jika ianya diamalkan dengan sempurna, ianya akan membantu menenangkan seseorang dan memupuk perasaan“homeostasis” atau harmoni dalam tubuh badan. Di samping itu pengamal Aromaterapi juga dapat memperolehi keseimbangan dan pada masa yang sama tenaga badan boleh dipromosi dan dikekalkan.

Kenapa Aromaterapi?


Aromaterapi adalah cara untuk meningkatkan kualiti kehidupan dari segi fizikal, perasaan dan semangat.

Tujuannya termasuklah dari segi fizikal seperti melegakan otot-otot melalui urutan dan emosi; dengan menyenangkan hati dan perasaan. Dari segi semangat pula minyak essensial bermanfaat untuk mempromosi perasaan keriangan dan memudahkan meditasi.

Idea di sebalik aromaterapi adalah, pertama, untuk mengenalpasti haruman yang unik untuk setiap individu, yang berkeupayaan menjalin perasaan deriaan dan emosi yang positif, seterusnya haruman ini patutlah diintegrasi ke dalam hidupan harian individu tersebut untuk memupuk kesihatan holistik.

Haruman semulajadi ini dapat menguatkan hubungan kita kepada bumi kita dan mengamit emosi dan memori yang baik.

Kesan Terapeutik Aromaterapi


Kesan terapeutik yang berasal dari aromaterapi adalah untuk meningkat dan menguatkan proses penyembuhan dalaman. Ini berlaku dengan cara merangsangkan sistem imunisasi seseorang itu secara tidak langsung.

Minyak aromaterahy Akrine mempunyai ciri-ciri terapeutik seperti ciri-ciri antiviral, antikuman, kelegaan kesakitan, anti-depresif dan penyembuhan selsema. Minyak essensial ini juga boleh merangsang, menenang dan membantu sistem penghadaman dan perkumuhan.

Kebaikan Aromaterapi



Aromaterapi berkeupayaan meningkatkan semangat. Ianya mampu melegakan perasaan rendah diri, putus asa, kesedihan, histeria, kebimbangan, masalah tidur dan juga masalah memori.

Kebaikan dari segi perubatan termasuk mengurangkan keletihan, masalah pernafasan, termasuk selsema, sakit kerongkong, lelah dan bronkitis. Lebih penting adalah aromaterapi boleh membersihkan dan memperbaiki kualiti udara.

Aromateraphy Akrine ada kelainannya. Ia telah dirukyah dengan bacaan-bacaan ayat rawatan bersandarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Sesuai untuk digunakan untuk mandian dan sapuan bagi melerai gangguan makhluk halus.



AROMATERAPHY AKRINE (RM50.00 /10ml)

1 comment:

  1. Assalamualaikum Ustaz, bagaimana caranya untuk mandian?

    ReplyDelete